MY SWEETFAMILY

Monday, June 30, 2008

3 Generasi...atok, anak, cucu

Aku MC dan Sukan Kikie...




Minggu lepas 2 hari aku mc. Cirit birit yang melampau. Sekarang ni aku serikla nak makan makanan yang pedas2 dan berminyak....cukupla...aku nak tukar habit nak makan makanan yg sihat cam salad ke..wakaka...sure geng helmetz gelak pecah perut kalo baca kenyataan aku ni. Masa ni gakla aku kesiankan bibik yang bangun tengah malam membantu aku dibandingkan dgn abg sal yang sentap tu. Entah apa-apa tah org sakit kena marah plak...tak aci betul kalo dia sakit kite ni berjaga sama ni ...erkkk..tu la abg sal I.

Anyway, masa hari aku tak bangun2 tu hari jumaat yg lepastu, hari sukan sekolah Abang Kikie. For sure aku tak dapat pergi la sebab terbaring je. Tp abg sal pergi la tengok gak. sekolah dia ni pun satu buat sukan hari orang keje. Kikie dapat no 3 utk game isi air dlm botol dan saguhati utk pecahkan belon.

Wednesday, June 25, 2008

Ketandusan cerita....

Gambar ni sure K shah & K La makan hati ...




K shah I ketandusan idea dan cerita la tu pasal blog I lama tak update. Nanti bila I ada mood I blogging lagi k.Tapi walau camne pun I nak kasi gak u all tengok gambar2 I dgn bintang2 glam ni...tu semua utk majalah FRENZ! Sambil2 kerja ambik gak la gambar dgn derang ni buat kenang2an utk tatapan anak cucu.
Dulu masa aku kerja kat publsihing house yang hebat tu keje aku sama je tapi aku kureng minat skit nak bergambar2 ni, pastu bile aku brenti aku cume bleh gebang je la tp takde gambar sebagai bukti...so org pun cam susah nak caya. Sbb tu kali ni aku rajin skit ambil gambar at least aku tak de le cite kosong je. Betul tak K shah....u dah dapat gambar u dgn Dafi tu.

Wednesday, June 18, 2008

Happy Birthday FRENZ!

Yuhoo! hari ni team frenz ada majlis makan2 sempena anniversary yang pertama. Kebetulan plak sama dengan birthday abg lan yg ke 40...tak pe bang masih mantain lagi....Abg lan ni fotografer yang professional. Dia ni la selalunya ambik gambar cover majalah...Dan makan-makan kali ni pun ditaja oleh Abg Lan ...terima kasih bang semoga pamjang umur dan murah rezeki lagi.....

Thursday, June 12, 2008

Semalam dalam sejarah

Semalam dan hari semalamnya banyak perkara pelik, lucu dan geram yang berlaku. Manataknya masa aku jumpa client aku petang hari sebelum semalam abg sal sms aku "Yang rumah takde air, kalo mem***** buat le siap2 kat opis. Ok perkara biasa la tu..

Sampai je rumah yang peliknya jiran sebelah ada air tapi rumah aku dengan 2, 3 buah rumah je yang takde...aik aku pun telepon le syabas. 3 kali aku tpon suh derang hantar technician derangni, rasa cam nak marah pun ada gak tapi control je....

Pagi2 semalam Syabas call aku, nak datang rumah la kononnye nak betulkan paip tapi al-kisahnya....rupa2nya ketiadaan air itu adalah disebabkan kite orang tak bayar PKNS....yela hari tu aku nak bayar opis dia asyik tutup je...camne. Bab ni aku tak nak salahkan sesape, tapi kalo partner in crime aku tak kumpul2 buat collection sure tak jadi camni. Sorryla bang....

Tapi hati aku dan Abg Sal terubat bila Kikie bagi hadiah kerastangannya kepada PAPA SALIM...

Yang comot tu hasil kreativiti Kikie, yang tulisan lawa tu sah2 teacher la yang buat

Di hujung minggu Yang lalu



Tahniah untuk Abang Salim kerana berjaya dalam pengajiannya. Hujung minggu yang lalu suami ku adalah plan nak pergi makan2 sempena birhtday abah dan hari bapa kepada semua bapa2 dalam keluarga tersebut. Biarpun tak semua yang dapat pergi( yg ada agenda lain tu paham la gak tp yang takde agenda tu akak tak paham kenapa tak nak pergi) tapi suasananya cukup meriah. Anyway abah selamat ulangtahun dan selamat hari bapa semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Bagi aku pulak hari bapa selalunya mengingatkan aku pada arwah abah. Abah merupakan orang yang aku sayang, hormat dan sentiasa dirindui. Walaupun abah tegas tapi dia best...sentiasa ada bila aku perlu.He's my HERO....al fatihah untuk arwah abah Haji Jamaluddin bin Abu Bakar

Well berbalik kepada acara makan2....memang best gila sekali sekala dapat makan sedap camni....



Keesokan hari nya aku dan familyku pergi tgk Kungfu Panda kat Sunway Pyramid....kelakar gile cerita ni...sampai anak2 aku nak g tengok lagi k....sabarla korang papa korang tu bukannye keje cop duit kee...

Thursday, June 05, 2008

Minyak naik ....

Terima kasih Nisa sebab sms aku di petang hari memebritahu tentang kenaikan harga minyak yang melambung...Adush!!!
Well, aku bukan nye seorang yang menolak Qada& qadar. Aku terima hakikatnya tapi cara mereka itu betul2 menindas orang2 macam aku.
Dengan harga yang melambung sampai 40% dan notis yang diberitahu tak sampai 24 jam korang rasa ini adil ke tidak adil.
Aku bukan nak berpolitik sebab itu adalah kerja wakil rakyat tapi aku nak luahkan rasa ketidak puasan hati aku sebagai seorang rakyat.

Aku mungkin akan percaya seorang pemerintah itu betul2 ikhlas ingin membantu rakyat sekiranya dia sendiri mengubah cara hidup dia. maksud aku ko kena duduk rumah sama mcm org kami yang lain, kereta biasa, takde harta kat luar negara dan takde bisnes sendiri. Waktu tu kalo ko nak cakap pasal ubah gaya hidup mungkin aku juga setuju.

Aku rasa budak sekolah rendah pun boleh fikir benda ni, sebagai sebuah negara pengeluar minyak kenapa kite perlu ikut harga minyak mcm US?
Dia tahu ke kalo dia naikkan rege minyak , semua bende akan naik gak...
Dia ada ke bagi subsidi kepada orang2 susah dan org2 yang takde keje macam negara kat luar tu buat???

Bak kata seorang pakcik semalam...bumi ni luas dan bulat. Allah s.w.t Maha mengetahui....selalunya perbuatan kita akan terbongkar juga....Insyaalah .

Tuesday, June 03, 2008

Mia Merajuk....

merajuk sampai nak menyorok bawah katil
Merajuk dgn Papa
Merajuk sebab takde udang
Merajuk sambil korek taik hidung
Yang ni plak dia bengang sbb rambut kena gunting pendek

Anak dara aku ni memang kuat merajuk pantang kena tegur sikit terus telangkup muka....Tgk la antara gambar2 merajuknye dan yang lain2.

Trip:Day3






Hari ni on the way balik ke Key Ell. Sebelum balik kami singgah di Tepen (Taiping). Memula tu singgah pekena nasik gulai kawah...bleh tahan la...pastu bawak anak2 aku g zoo taiping...seronok sungguh RM 3 utk kanak...dibandingkan dgn Safari World A FAmosa tu lebih hebat la kat sini cume takde show haiwan je.....still aku rasa kalo anak2 aku nak tengok binatang better aku bawak ke sini.
Sebelom balik ..apalagi pekena koey teow goreng doli ...sedap siut.

Trip: Day 2

Inilah mak aku
Inilah gerai yang acap power tp hampeh tu

Hari kedua banyak berlaku di Sg Petani je. Wah hebat sungguh Sg Petani ni ...dah ada Theme Park lagi...tapi aku spend masa bawaka anak2 buah aku pergi tengok wayang cerita Prince Caspian : Narnia. Well ok la cerita ni....
Malam nye pulak abag aku belanja makan kat luar. Tempatnya hebat sangat ....tapi layanan cam hampeh....dah le tu dekat 2 jam kite orang melepak kat situ baru dia kata koey teow dah habis.
Memang kena maki la dgn aku derang2 ni...buat lawak spastik plak.
Akhirnya kami makan di Restoren Makbul....sib baik cepat dan semua makanan ada kalo tak sure kelaparan sampai ke esok pagi.

Trip to Penang : Day 1















Weekend baru2 ini aku and family bercuti ke utara. Tujuan asal nak g jengok mak bonda ku di Sg. Petani. Dah 2 bulan rupanya abang aku ambik mak aku...selalunye pun aku akan balik kampung at least 2 bulan sekali but since mak kat kedah aku pun ni la baru aku ada kesempatan nak g jengok mak.




Kami bertolak hari sabtu, tapi terus g Penang. Anak-anak ku excited gile bila dapat naik ferry. Adik memulanya takut tapi lelama dah semakin berani. Actually aku rasa macam byk je tempat menarik kat Penang tapi disebabkan tak tahu jalan tempat yg kami dapat sampai cume Batu Feringhi , Gurney Drive dan Padang Kota...nak g Chowrasta pun tak sampai2 apatah lagi Bukit Bendera. Itu la Mr. Salim, kalo jalan dengan dia tanpa orang lain ....perjalanan kami akan tidak menjadi sebab malas nak bertekak carik jalan....