MY SWEETFAMILY

Friday, March 09, 2012

Aku Redha..

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang akan aku & keluarga ku lalui. Ramai yang kata InsyaAllah hari ini DIA beri kita dugaan kerana  hari esok DIA akan memberikan ganjaran. Dan ada juga yang memberi semangat dengan mengatakan Allah takkan menduga kita sekiranya kita tidak sekuat itu untuk menerima dugaan NYA.

Alhamdulilah, aku bersyukur sangat kerana sepanjang NDK dirawat ini ramai rakan taulan yang mengambil berat dan prihatin. Sesungguhnya aku berterima kasih buat semua...ini benar-benar menyentuh perasaan aku. Bayangkan ada ketika aku rasa sangat lemah sehingga mengeluarkan air mata, aku rasa sangat tidak berguna kerana melahirkan NDK sehingga begini rupa. Kehilangan penglihatan ...tapi dari nasihat, motivasi dan doa rakan taulan aku jadi kuat. dan aku yakin nur  menanti NDK suatu hari nanti. seperti maksud namanya NUR DAHIYAH KHADIJAH, Cahaya sebijak & setabah Khadijah.