MY SWEETFAMILY

Monday, May 30, 2011

Alhamdulilah



Syukur alhamdulilah anak2 aku yg berdua tu dah dapat result periksa. Abang walaupun nakal dan agak malas dapat gak no 2. Damia pun alhmadulilah no 4. not bad gak la...dalam derang dok selalu ponteng sekolah tu dapat gak derang result yg baik. tu la kan berkat pengorbanan derang demi utk adik Khadijah. InsyaAllah Allah akan memberi hidayah Nya. Amin.

Wednesday, May 25, 2011

seminggu di HKL

Dahiyah demam selsema , tak ada cara lain kami terpaksa membawanya ke HKL utk rawatan. Pesakit kanser tidak boleh mendapatkan rawatan biasa di klinik. Doktor selalu pesan kalo Dahiyah demam, muntah @ cirit birit kena bawak terus ke hospital.Baru aku tahu kali dia demam dia akan diberi antibiotik selama sminggu. so seminggu le aku berkampung di HKL. Memang betul la kata rakan2 di HKL ni kalo anak ada kanser Hospital merupakan rumah ke2.

Selama seminggu di wad KK3 menyaksikan kehilangan 2 rakan khadijah. Al Fatihah buat baby Putri Fazilah & baby yg tak tau namanye sbb baru lahir. Paling meyedihkan kehilangan putri. tak sangka dia pergi secepat itu. Umur nya sebaya Khadijah awal beberapa hari je.Aku sangat kelu bila ibunya memeluk aku untuk melepaskan rasa sedihnya...Ya Allah tabahkan lah hati insan ini. Amin.

Dahiyah Khadujah mneyambut ulangtahun pertamanya di hospital. Papa belikan kek. Abang & kakak bagi hadiah. biarpun simple tapi cukup untuk memeriahkan hari dahiyah .

Thanks to ruhaidah yang sudi menjengok kami di hopital. sangat bermkana dan terima kasih atas bantuan yg diberi. Hanya Allah yg mampu membalas segalanya. Amin

Thursday, May 12, 2011

Mengapa jadi begitu??


Minggu ni merupakan minggu peperiksaan bg sekolah abg dan adik. So aku mengambil utk membuat revision dengan mereka berdua. Abg mcm biasa cukup malas nak buat revision semua nak kena suap je. x bleh nak susah2 skit. Mia plak dia rajin walaupun penerimaan dia agak lambat skit. Anyway dia rajin usaha ,bg aku kalo dia tak score pun tp usaha dia tu dah cukup buat aku bangga. Abg plak dia pandai selalunya ranking no1-5 tu . InsyaAllah adala dia. cuma dia sgt malas nak buat ulang kaji. Dan lebih mengejutkan aku semalam campur tolak yg senang tu pun dia bleh tak tau buat. aku rasa mcm pelik. Mungkin sebab aku terlalu concentrate dgn Khadijah sampai dia rasa aku x ambik berat pasal dia atau selalu ponteng sekolah. Mmmm....aku kena tukar skit plan aku..supaya both of them abang & adik tidak rasa terpinggir. I LUV mi KIDDOS very2 much.

Wednesday, May 11, 2011

After a months...




Khadijah after operation





Kanser at both eyes




Tidur...




Tunggu giliran..

Salam, sudah dekat setahun aku meninggalkan blog kesayangan ni...puncanya malas dan selebihnya pun malas nak menaip. but lately ni aku terpanggil untuk menulis blog semula. ini kerana NUR DAHIYAH KHADIJAH. Berbulan -bulan aku menyepi sebab antara lainnya memberi kan perhatian pada Khadijah. My little baby baru sahaja disahkan mempunyai syndrome deletion of cromoson 13q. yang mengakibatkan penyakit retinoblastoma dan slow development. atau dgn kata lain Khadijah mempunyai kanser mata ,

Hati ibu mana yg tak gugur bila mengetahui anaknya mengidap kanser. Perasaan aku masa tu frust, depress, marah, sesal, kesal semua ada. aku buntu...tak tahu nak menerima kenyataan tu . yang aku tahu menangis...dan terus menangis.

Sampai satu hari tu, aku tersedar..kenapa aku jadi macam ni. sepatutnya aku kena kuat ..aku masih ada 2 org lagi anak yg perlukan perhatian. aku berubah...aku menjadi seorang yg semakin ceria semula. sebab aku tahu Khadijah juga pun mahu aku jadi macam tu..Aku tak duduk diam aku berusaha utk merawat Khadijah dengan mcm2 cara. pantang ada org suggestkan tempat aku terus bawa Khadijah. sebab dalam hati aku yakin dia masih boleh diselamatkan lagi biarpun dari segi perubatan moden mahupan rawatan alternatif.

Aku semakin berkongsi dengan orang ramai tentang penyakit Khadijah. Itu aku lakukan kerana aku nak share dgn org lain yg maybe boleh membantu aku. Rupanya telahan aku memang betul , ramai yg membantu dan berkongsi cerita tentang pengalaman merea mengahdapi kanser. Aku semakin kuat dan yakin apabila ramai feedback memberikan jawapan positif untuk pesakit kanser sembuh. yang penting usaha dan doa kepada Allah swt jangan putus. amin.

Aku jadi semakin kuat bila aku mula berjinak2 dengan wad mata HKL. Macam2 jenis penyakit mata yang tak terfikir oleh minda yg aku temui. dan aku perhatikan ibu bapa ini tidak berputus asa untuk menyembuhkan anak2 mereka. Malah mereka sentiasa bersyukur dgn anugerah Allah ini. Dan aku mula menerima hakikat bahawa apa yg berlaku adalah bahagian aku. kerana mereka yg lain juga menerima bahagian mereka.

Aku semakin positif apabila doktor menjelaskan tentang perkembangan mata Khadijah. Instead membuang terus mata doktor suggest agar membuat kimoteraphy since kanser nya masih peringkat awal. Alhamdulilah....aku yakin Allah mendengar permintaan hambanye ini. Amin.

Berada di wad KK3 (wad kanser kanak2) membuatkan aku semakin insaf. Ya Allah aku kagum dengan parents yang ada di sini. Mereka tetap sabar melayan kerenah anak2 mereka , ada yang duduk di wad tersebut berminggu2, ada yang sampai berhenti kerja utk memastikan kesihatan anak mereka. dan ada satu ketika itu aku sepeti kagum mendengar kata2 srg ibu ini. "InsyaAllah syurga menanti kita andai kita terus sabar dan bersyukur menjaga anak2 sebegini." Ya Allah aku berterima kasih kerana kau memberi aku peluang ini. Aku bersyukur....sungguh2 bersyukur Ya Allah....Harapan aku agar aku sentiasa kuat, sihat utk terus menjaga NUR DAHIYAH KHADIJAH. AMin