MY SWEETFAMILY

Wednesday, October 22, 2008

Kenangan Lalu...

Pagi-pagi ni aku amat teruja sekali dengan hotmail aku. Wah banyak sungguh kiriman email dari Sepet(gelaran utk en zul) ni....bila aku bukak...tu dia gambar2 lama batch aku masa study di ITM dulu...Kuang..kuang...masa ni masing2 semuanya chumel2 belaka, bergetah sih... Sampai sakit perut aku ketawa tgk gambar tu. Tp yang paling mengusik jiwa bila terselit gambar arwah abah aku ...masa tu musim buah2an kat kampung so aku & geng buat kenduri la kat dusun.

Ini aku & classmates DMCA ( kat Melaka). baju hijau tu bukan baju kump nasyid atau koir tp baju tu baju MSR.

Gambar Dinner Batch Helmetz kat Concorde SA

Ini gambar kat kampung aku ...nampak tak sebelah tu kete aku BAB2516. Byk sejarah kereta tu ...banyak berjasa kat aku . Aku ingat lagi masa derang ni datang umah aku macam2 perkara pelik dan aneh berlaku kat rumah aku ni. Antaranya:

1. Tetiba pintu bilik air rumah aku jahanam

2. Almari bilik aku berubah tempat , rupanya ada yang beriya-iya cuba mendekorasi bilik tu sampai org kat dlm bilik air tak leh kuar. Sapakah org ini??

3. Tetiba bilik kaum hawa ada kaum adam sbb rumah aku ada laluan rahsia.Emmmm...Derang tak tau tu arwah abah aku ada pasang CCTV

4. Rumah aku ada banyak tilam, entah sapa entah jadi mangsa sandwich tilam...wakaka..

5. KAt dusun masing2 tunjuk handal panjat pokok manggis. KECUALI mamat sorang tu ...sape yek ...baru tahu rupanya dia gayat. Sape lagi kalo tak si BOTAK

Bila di ingat2kan balik memang kelakar betul. Tapi seronok ...Bila la agaknya semua2 ni dapat berkumpul semula. Allos geng jom ah...joint gathering kita di Resort Hj Durani....Kasi Happening & pening...

Posing maut tepi laut...nak tau aku yg mana satu?....yg belakang tu le...kuruskan

Nak tau yang mana satu sepet....teka la ...Adakah yang matanya sepet?

Ini gambar buat xtvt amal cuci kete...

Tuesday, October 21, 2008

The Damia's

Ini gambar the damia's with Kikie.
Ini anak kawan aku Ina ...nama anak dia pun Damia...dan Damias bila berjumpa terus ngam...

Monday, October 20, 2008

Sepetang di Teluk Batik

Ini gambar baru sampai.. tak sabar ni anak2 nak bergumbira mandi laut.


aktiviti mandi-manda bermula...yahoooo

Wah seronoknya....pelampong sape main bedal je...


Abg Sal sebagai lifeguard & jurugambar

Ini lifeguard yg di import

Zikry & Damia

Kikie salam kokot dgn Atok..nak duit raya lke tu....

Di jln TAR

with the Geng Mahbob dari kiri Haziq, mia, khalisa,kikie,sofya and Ilhan



Kikie & Mia with Ayumi

Monday, October 13, 2008

HARI RAYA 2008...sebelum...semasa ...sesudah

Raya ..yea....yea..rayaTahun ni aku nak meriahkan sedikit raya kami sekeluarga sebab first time kikie puasa so biarlah dia meraikan kemenangan dia dengan rasa gembira. Tahniah untuk anakanda aku yang berjaya puasa selama 20 hari.

Tahun ni aku raya dgn famili abg sal dulu..so aku tak de la sibuk2 sangat nak buat persiapan balik kampung sebab parents abg sal kat Puchong je...Menjelang raya kat Puchong tak le sehebat kat Batu 19 Ayer Tawar. Kalo kat ayer tawor tu ramai anak beranak dan cucundanya so sekali sekala balik kampong memang meriah gile....kat Puchong belum ramai lagi cucunda nye jadi kuarang le meriah. Tapi tetap meriah gakla dengan kehadiran 3 org cucunda kikie, mia dan ayumi. Main bunga apa yang ditaja oleh pak andak & pak teh....

ni aku nak share apa yg kami telah lakukan sepanjang sebelum, semasa dan selepas raya.

Menjelang aidilfitri:
Aku agak lambat nak buat persiapan raya tahun ni sbb aku sibuk dgn event company. Hari Isnin baru aku shopping bersungguh2 utk kami sekeluarga. Alhamdulilah aku berjaya gak menyoppinng utk aku, suami dan anak2. Sempat gak kami menjengah Jalan TAR. Tapi takde apa yang menarik sgt tahun ni . Maybe org takut nak berbelanja...

Pre-Raya -
Pagi tu awal-awal lagi aku bangun nak masak untuk di bawa pulang ke Puchong. kali ni aku masak kuah kacang dan rendang hitam.

1 Syawal
Kali ni aku tak ikut sembahyang raya, sbb aku off. So aku melepak je kat rumah...lepas abg sal balik dari masjid kami pun bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Lepas tu aku sambung tgk tv( kalo kat ayer tawar x merasa nak tgk tv ni) Tghari kakak ipar aku sampai baru la kami memulakan perjalanan RAYA kami. Tahun ni kami tak balik Kuala Selangor seperti selalu. Planning tahun ni agak berlainan , kali ni kami plan nak balik perak kg ibu mertua ku.






2 Syawal
Fuih ...perjalanan yang memang seronok dan berbaloi walaupun penat. Kami beraya di Perak....bermula dari rumah Kakak Ipar aku yg sulong hinggala ke kampung aku sendiri di Ayer Tawar....mlm tu aku anak beranak terbongkang kepenatan.

3 Syawal
Agak menyedihkan dan geram/. Kereta wira aku buat hal lagi....sekali lagi dia x leh jalan ...arghh..nasib baik ada kedai TATA . Well yang menyedihkan terbang duit laki RM1500 . Takpe Abg Sal nanti kite carik duit balik k.

4 Syawal
Beraya di rumah kakak aku dan berkelah di teluk Batik bersama anak2 buah ku. Best sungguh.

5Syawal
Pulang semula ke KL...

Monday, October 06, 2008


Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin




Dari Kami sekeluarga : Salim, Intan , Zikry & Damia