MY SWEETFAMILY

Sunday, October 30, 2011

In Nasi Lemak Kopi O

Ditemubual oleh AG hot FM




 Berpeluang berkongsi dengan orang ramai berkenaan dengan retinobastoma dlm Nasi Lemak Kopi O. Alhamdulilah telah berjaya membuka hati sepasang ibu dan bapa yg anaknya menghidap penyakit yg sama mendapatkan rawatan. sebelum ini mereka ditakutnkan dengan kesan2 pengambilan air tulang belakang dan kimo tp bila tgk rancangan ini mereka menjadi semakin yakin. Terima kasih kpd Ann Irjuana & Kim kerana menjemput kami .









Abg dan Kakak menunggu


Gambar di ambil oleh abg kiki

Papa yang mulanya gementar akhirnya berani berkata2

Alhamdulilah sudah kerja

Alhamdulilah again sbb Allah telah memberikan aku peluang bekerja semula. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui . Sebelum ni macam susah nak dapat keje rupanya Allah suruh aku rehat jaga NDK sekarang bila keadaan kembali pulih Allah bukakan pintu rezeki utk aku. Syukur...kerja kat tempat yg pernah aku keje dulu...memang jodoh kat situ.

Thursday, October 13, 2011

Sesungguhnya aku bersyukur pada MU Ya ALLAH.

At SDMC 1st masuk wad
kesian kena masuk gas sbb x leh nak breath. Ni masa demam


kimo time
mama yg busy baca media hiburan
 Alhamdulilah aku sangat2 bersyukur pada Mu Ya ALLAH kerana telah memberikan aku dan keluarga ku  peluang untuk menerima dugaan seperti ini.Dan Alhamdulillah juga kerana telah memudahkan segala urusan rawatan NDK . Sesungguhnya Engkau MAha Berkuasa. Engkau tempat meminta, Engkau maha Pendengar. Tak terucap dengan kata-kata tapi aku bersyukur dan berterima kasih atas segalanya. Amin Yarabbil alamin...
Tetamu di hari raya
walaupun raya kat spital tp baju raya tetap kena pakai

merasa gak dpt duduk kat 1st class

Selalunya lepas EUA ndk akan tido lama
 sbb bius

sblum masuk ot room
posing tetap walau dlm wad

Tuesday, October 04, 2011

Syawal 2011

Familybesar Haji Jamaluddin without me, papa & NDK

seronok main bunga api

Syawal sudah berakhir...tahun ni sejarah bagi kami sekeluarga. Syawal kali ini disambut agak berbeza ...kami meraikannya di HKL yehaa...NDK di masukkan ke HKL sbb demam seminggu sebelum hari raya. Ada kuman di dalam kimoportnya...dan antibiotik yg perlu di ambil selama 2 minggu. so beraya lah kami 3 beranak di HKL. abang dan kakak plak di post ke Kg Ayer Tawar. At least derang bleh happy2 dan meraga kan baju raya yg telah dibeli.

sayang andong..wakil mama & papa
For me Aku bersyukur sangat kerana di beri peluang berhari raya di spital. Happening gak sbb kakitangan wad kk3 berusaha masakkan menu2 utama raya. lepas tu petangnya ramai tetamu yg dtg jenguk we all sambil bawak pelbagai makanan. sangat terharu .

buka pose di hkl
NDK sangat beruntung kerana byk buatcollection duit raya. aitu lagi satu kelebihan beraya di spital. hu..hu..anyway biarpun raya kali ni simple2 je but still kita org celebrate. Alhamdulilah....