MY SWEETFAMILY

Wednesday, May 11, 2011

After a months...




Khadijah after operation





Kanser at both eyes




Tidur...




Tunggu giliran..

Salam, sudah dekat setahun aku meninggalkan blog kesayangan ni...puncanya malas dan selebihnya pun malas nak menaip. but lately ni aku terpanggil untuk menulis blog semula. ini kerana NUR DAHIYAH KHADIJAH. Berbulan -bulan aku menyepi sebab antara lainnya memberi kan perhatian pada Khadijah. My little baby baru sahaja disahkan mempunyai syndrome deletion of cromoson 13q. yang mengakibatkan penyakit retinoblastoma dan slow development. atau dgn kata lain Khadijah mempunyai kanser mata ,

Hati ibu mana yg tak gugur bila mengetahui anaknya mengidap kanser. Perasaan aku masa tu frust, depress, marah, sesal, kesal semua ada. aku buntu...tak tahu nak menerima kenyataan tu . yang aku tahu menangis...dan terus menangis.

Sampai satu hari tu, aku tersedar..kenapa aku jadi macam ni. sepatutnya aku kena kuat ..aku masih ada 2 org lagi anak yg perlukan perhatian. aku berubah...aku menjadi seorang yg semakin ceria semula. sebab aku tahu Khadijah juga pun mahu aku jadi macam tu..Aku tak duduk diam aku berusaha utk merawat Khadijah dengan mcm2 cara. pantang ada org suggestkan tempat aku terus bawa Khadijah. sebab dalam hati aku yakin dia masih boleh diselamatkan lagi biarpun dari segi perubatan moden mahupan rawatan alternatif.

Aku semakin berkongsi dengan orang ramai tentang penyakit Khadijah. Itu aku lakukan kerana aku nak share dgn org lain yg maybe boleh membantu aku. Rupanya telahan aku memang betul , ramai yg membantu dan berkongsi cerita tentang pengalaman merea mengahdapi kanser. Aku semakin kuat dan yakin apabila ramai feedback memberikan jawapan positif untuk pesakit kanser sembuh. yang penting usaha dan doa kepada Allah swt jangan putus. amin.

Aku jadi semakin kuat bila aku mula berjinak2 dengan wad mata HKL. Macam2 jenis penyakit mata yang tak terfikir oleh minda yg aku temui. dan aku perhatikan ibu bapa ini tidak berputus asa untuk menyembuhkan anak2 mereka. Malah mereka sentiasa bersyukur dgn anugerah Allah ini. Dan aku mula menerima hakikat bahawa apa yg berlaku adalah bahagian aku. kerana mereka yg lain juga menerima bahagian mereka.

Aku semakin positif apabila doktor menjelaskan tentang perkembangan mata Khadijah. Instead membuang terus mata doktor suggest agar membuat kimoteraphy since kanser nya masih peringkat awal. Alhamdulilah....aku yakin Allah mendengar permintaan hambanye ini. Amin.

Berada di wad KK3 (wad kanser kanak2) membuatkan aku semakin insaf. Ya Allah aku kagum dengan parents yang ada di sini. Mereka tetap sabar melayan kerenah anak2 mereka , ada yang duduk di wad tersebut berminggu2, ada yang sampai berhenti kerja utk memastikan kesihatan anak mereka. dan ada satu ketika itu aku sepeti kagum mendengar kata2 srg ibu ini. "InsyaAllah syurga menanti kita andai kita terus sabar dan bersyukur menjaga anak2 sebegini." Ya Allah aku berterima kasih kerana kau memberi aku peluang ini. Aku bersyukur....sungguh2 bersyukur Ya Allah....Harapan aku agar aku sentiasa kuat, sihat utk terus menjaga NUR DAHIYAH KHADIJAH. AMin

2 comments:

wardah said...

Terus kuat semangat Intan. Bila membaca cerita Intan...seolah2 aku berada di tempatmu...dan aku berada di wad kanak-kanak tersebut. Aku juga seorang ibu yang sangat prihatin bila mana anak itu sakit, hati cepat tersentuh, air mata mudah mengalir. Namun, hati perlu diletakkan keyakinan yang tinggi terhadap Allah. Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui. Apa sahaja ujian yang diberikan kepada hambaNYa, ada hikmahnya. Dan manusia itu perlu tahu dan mengenal hikmah itu. Mohonlah kepada Yang Esa. Insyaallah,Dahiya akan pulih. Solatlah hajat dan sentiasa berdoa. Aku turut mendoakan kesejahteraan kalian.

IdA EmelD@ said...

sume yg blaku pada kite sume di muka bumi Allah ini ada hikmahnya kak intan.. insyaAllah baby kak intan kembali sihat spt anak2 yg lain... kite same2 la berdoa.