MY SWEETFAMILY

Tuesday, September 01, 2009

Berbuka puasa di Kampung ku..

Memandangkan cuti hujung minggu yang lalu 3 hari so aku & hubby decide nak balik ayer tawar berbuka puasa di sana.
Sampai hari sabtu kaum keluarga aku di ayer tawar berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Seronok rasanya, maklumlah tahun lepas aku tak berkesempatan balik berbuka di kampung...aku cuma sempat balik pada hari raya kedua.

Memang best bila berkumpul beramai-ramai. Anak-anak aku paling seronok tetiba aku teringat kenangan dulu-dulu berpuasa. Nostalgia sungguh...

dulu waktu mak masih sihat dan arwah abah masih ada dan aku masih solo (seharusnya) persiapan menyambut ramadhan sungguh meriah. pagi2 lagi abah akan beli daging or ayam utk makan bersahur. mak plak seminggu awal lagi dah siap buat serunding la untuk makan besahur. biarpun setiap kali persiapan dibuat abah dgn mak beriuh rendah ( gaduh2 manja) tapi itu semua untuk memastikan sambutan ramadhan mereka terancang rapi. Mak memang terkenal dengan bebelan dan arwah abah pulak walaupun x sependapat tapi dia akan pastikan semuanya dapat memenuhi permintaan kami sekeluarga. waktu itu memang aku rasa tension tapi sekarang aku rindu saat2 itu.

Bila puasa aku suka sebab masa ni arwah abah akan tunaikan apa saja permintaan aku. dari bab makan sampailah belajar naik motor. Aku pandai naik basikal & motor semuanya masa bulan pose. masa ni abah akan ajar aku bersungguh-sungguh dari hari biasa semata-mata tak mahu aku berbuka awal dari waktunya.

Bersahur, aku memang susah nak bangun sahur, tp arwah abah rajin kejutkan aku dibanding dengan mak. Arwah abah seboleh-bolehnya akan pastikan aku bangun tapi mak 'ikut suka ko nak bangun ke tidak, kalo lapor ko punye pasal'. mak memang rock..hi..hi..

kalo kat kampung mesti ada more..selalu more arwah abah nye menu mesti bihun sup. dan baru-baru ni abang aku pun buat menu yang sama. lagi la aku terkenang ... walaupun mak 'pecat' kata bihun sup abang aku tak sedap tapi aku suka sebab abang aku meneruskan tradisi arwah abah.

Mak..bila bulan pose mak punya bebelan lebih sikit. selalunya bab2 makan. mak kalo boleh bulan pose hari-hari nak makan kerabu, pecal, gulai lemak. favorite tu...mak rajin tu pasal la skrg bila dia dah tak larat dia tetap meng komplen kalo lauk x sedap. aku memang fail bab2 masak ni maybe sebab kakak2 dan ipar aku semua terer masak so aku jadi pemalas. tugas aku & mas ( anak buah aku) cuci pinggan je. Lama jugak kami pegang jawatan tu sampai la anak2 sedara aku yg len dah besar2 (irah, ayu,shasha, shahirah, shafikah, shaqinah, atiqah, ain, aina over to u all la until korang beranak pinak plak k.) Di sebabkan mak, selalunya kakak2 aku akan menyempurnakan selera mak walaupun kakak2 ku kdg2 mengomel tidak puas hati sesama sendiri termsuklah aku. tapi kami buat semua ini sebab kami sayang kan mak. sebab dulu mak selalu bersusah payah siapkan makanan untuk kami so skrg giliran kami la plak ( aku je yg malas tapi bukan malas cume aku masak x sesedap kakak2 aku masak) . Bila aku kenang2kan bagus jugak mak membebel sebab tu la kakak2 aku semua pandai masak dan menjahit kecuali aku.

bila menjelang raya plak...lagi best...arwah abah akan siapkan lampu panjut. tambah2 bila dia tahu cucu2 dia nak balik beria dia siapkan lampu panjut. Tugas aku isikan minyak tanah kat dlm lampu dan susun lampu tu. seronok sangat. dan lagi seronok bila abang aku dgn kakak aku bawak balik pelbagai jenis bunga api. tu pasal la aku suka beli bunga api utk anak aku dan anak2 sedara aku main.

masa aku anak dara , aku selalu di kerah buat biskut raya di malam raya. tapi aku suka asalkan smua orang suka.

aku rindu dgn bebelan mak dan arwah abah apabila nak masak lemang. mak ada je bahan nak bising, buluh lemang tak betul la, pulut x 1st gradela, santan nak kena perah la, api bakar marak sangat la...tapi tu dulu. sekarang mak dah x de kawan nak dibebelkan, dia sendiri nak tgk api lemang pun dah tak larat. tapi kami tetap akan pastikan lemang pasti ada di hari raya tak kira la beli ke atau buat sendiri.
Bila aku kenang2kan mak & arwah abah selalu memainkan peranan penting bila ramdhan & aidilfitri supaya anak2 , menantu dan cucu dapat menyambutnya dengan sempurna dan gembira.

kini aku dah 35tahun, dah ada suami dan 2 orang anak. ramadhannya pun dah berbeza. tapi aku takkan lupkan keindahan ramadhan yang lalu. Terutama kenangan bila dapat duit raya. hi..hi..

okeyla untuk anak2 buah aku ...tunggu tahun ni aku raya di Ayer TAwar.

9 comments:

irah said...

mak abah kami pun slalu begaduh gak bila nak raya...kakaka. kampung dekat2 pun lagi susah rupanya...kui!

angahpikah said...

kemeriahan acu dolu-dolu 2 msh trasa la sampai skrg.. mak2 sedara mahupun mak sndri akan smakin hbt leteran mnjelang raya.. haha

seronok berkumpul semua kat Ayer Tawar..

Makngah/Mak Uda said...

`gaduh-gaduh manja' tu yang best tu..pecal jgn lupa..mak uda belajar dari ibu mertua buat kuah pecal,masak lemak pucuk ubi tumbuk,kerabu ayam,best sebelum ni tak pernah tengok dan tak pernah rasa..tapi bila dah rasa sedap rupanya pucuk ubi tu...kalu dulu mak uda tengok keakan akan tahi lembu tak lalu nak makan..heran bila tengok adik2 ipar dan kakak pulun sakan..kalu buat pecal teringat arwah abang atan..dia rajin mencari ulaman untuk di buat pecal segala pucuk dia mencari.. al-fatihah untuk arwah abah dan abang atan..

Makngah/Mak Uda said...

menyambut kepulangan anak menantu pasti juadah seperti kerabu ayam,pucuk ubi tumbuk, pecal akan disajikan...mak uda sekarang dah terror buat masak lemak pucuk ubi dan sambal pecal..ingat lagi kalu nak buat pecal ulaman adalah tanggungjawab arwah abang atan..dia kan pergi mencar segala pucuk..dia pakar dalam bidang tu..dua lagi lelaki ada kepakaran masing2..ayam bakar serah pada abanglang utk penyediaan kerabu ayam... tapi sekarang tiada lagi sat itu...

MAMAKIKIEMIA said...

irah: gitu la bila dah bekeluarga ada berani....
angahpqah: tahun ni raya mana?
mak uda: fuhhh sedap tu pucuk ubi tumbuk nak buat la lauk berbuka hari ni...

Anonymous said...

perkara yang jauh dari kita, masa lampau. Kalau manis seronok le di kenang kalau murung cammano. La yang dekat dengan kita Mati. Semoga ramadhon kali ini penuh makna.

Anonymous said...

perkara yang jauh dari kita, masa lampau. Kalau manis seronok le di kenang kalau murung cammano. La yang dekat dengan kita Mati. Semoga ramadhon kali ini penuh makna.

MAMAKIKIEMIA said...

en/pn anonymous kalo kenangan lama tu sedih pun tapi kalo dikenang sebenarnya boleh dijadikan teladan. ingat apa yg Allah jadikan tu ada hikamh disebaliknya. memang mati paling dekat dgn kita tapi kalo asyik ingat mati je tak berusaha untuk memperbaiki diri apa kes?

adreen said...

ha..ni haaa..Adaraian nak komen...kenangan puasa dgn omi di kampung..saya telah dikerah oleh mama eat...tiap2 petang antar beras..sampai eksiden jatuh motor..puasa saya paling bersama mu