MY SWEETFAMILY

Thursday, June 05, 2008

Minyak naik ....

Terima kasih Nisa sebab sms aku di petang hari memebritahu tentang kenaikan harga minyak yang melambung...Adush!!!
Well, aku bukan nye seorang yang menolak Qada& qadar. Aku terima hakikatnya tapi cara mereka itu betul2 menindas orang2 macam aku.
Dengan harga yang melambung sampai 40% dan notis yang diberitahu tak sampai 24 jam korang rasa ini adil ke tidak adil.
Aku bukan nak berpolitik sebab itu adalah kerja wakil rakyat tapi aku nak luahkan rasa ketidak puasan hati aku sebagai seorang rakyat.

Aku mungkin akan percaya seorang pemerintah itu betul2 ikhlas ingin membantu rakyat sekiranya dia sendiri mengubah cara hidup dia. maksud aku ko kena duduk rumah sama mcm org kami yang lain, kereta biasa, takde harta kat luar negara dan takde bisnes sendiri. Waktu tu kalo ko nak cakap pasal ubah gaya hidup mungkin aku juga setuju.

Aku rasa budak sekolah rendah pun boleh fikir benda ni, sebagai sebuah negara pengeluar minyak kenapa kite perlu ikut harga minyak mcm US?
Dia tahu ke kalo dia naikkan rege minyak , semua bende akan naik gak...
Dia ada ke bagi subsidi kepada orang2 susah dan org2 yang takde keje macam negara kat luar tu buat???

Bak kata seorang pakcik semalam...bumi ni luas dan bulat. Allah s.w.t Maha mengetahui....selalunya perbuatan kita akan terbongkar juga....Insyaalah .

1 comment:

S.YanaZ said...

Apa yg hg dok bebel nih mama ooiii...