MY SWEETFAMILY

Friday, June 25, 2010

Ahli baru keluarga en Salim & Intan


NUR DAHIYAH KHADIJAH



20/5/10 jam 11.30 pagi aku selamat melahirkan anak ke 3 seorang pu3 bernama Nur Dahiyah Khadijah binti Salim. kluarga kami bertambah jadi 5 sekarang ni...cukup2 untuk sebuah kereta wira kami tu.

Sebenarnya untuk mendapat kan Khadijah aku mengambil masa 6 tahun.Sebelum ini x de rezeki tapi tahun lepas aku agak terkejut gak bila dapat tahu aku mengandung. Alhamdulilah.

Proses mengandung kali ni mmg berbeza dari sebelumnya. Kali ni aku agak kurang aktif, cepat penat dan kemalasan melanda yg tahap gaban ok. tu belum lagi kena diabetes, highblood dan mcm2 lagi la.Itu la risiko kalu pregnant umur dah lanjut. bila doktor tanya nak ikat atau tak? aku kata ikat sbb x larat rasanya dah...tp nasib baik la en salim sentiasa bg dorongan. Semangat gak la nak beranak kali ni...

Tempat bersalin kali ni x de pilihan sgt since aku kan x keje, so aku pilih PPUM. Not so bad la servis nye...thanks to the doc & nurses yg merawat aku kat sana. Tapi experience yg x leh dilupakan waktu aku kat labour room sepanjang mlm aku kena gigit nyamuk. gatal siut, x leh tido aku mlm tu...rasanya darah aku naik sbb nyamuk2 tu la..

As usual after give birth anak aku mesti kena duduk bawah lampu coz of jaundice. 3 of them melalui experience yg sama. tp yg kali ni beza skit. after give birth je they found my baby jaundice , agak merbahaya kalo baby blum 24 hours kena jaundice ni. so aku & baby terpaksa dipisahkan. at first aku x sedih sgt coz yg abg & kakak pun aku melalui bende yg sama . but bile dok kata my baby punye liver bengkak, i'm so worried, yela kalo camtu sure serius kan..but after xray and everything they found that my baby is G6pd which is not serious sgtla...but still kena jaga makan expecilaly kacang parang.Alhmadulilah. ini pun berkat doa from all the family, frenz, tq guys...
Berpantang kali ni aku agak tidak straight sgt. main mkn je apa yg en salim bg. yela nak masak x larat. But my K nyah selalu hantar lauk..tq k nyah dia la menggantikan mak aku. My niece Ayu, Irah & Tqah gilir2 jaga aku & anak2. thanx to them kalo x de derang tak tau la camne, mesti tunggang terbalik. Cuti sekolah aku trus menginap kat setiawangsa. Again K nyah jaga aku..mak pun ada. My family semua turun KL visit aku. tu yg bestnye kalo ada adik beradik ramai. sepanjang 2 minggu tu rumah k nyah ada je tetamu. kesian dia nak sediakan makan minum. InsyaAllah nanti akan ku balas semua susah payah k nyah & family. Adios..

Khadijah kat bwh lampu

Spek yg comel




2 comments:

IdA EmelD@ said...

wah.. comel baby kak intan mcm mama dia gak !!

bile nk dtg jumpe dahiyah ni!

Bad Credit Home Equity said...

hi,my dear friend,i like this article and bookmark,thanks for sharing!Best regards!