MY SWEETFAMILY

Friday, March 09, 2012

Aku Redha..

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang akan aku & keluarga ku lalui. Ramai yang kata InsyaAllah hari ini DIA beri kita dugaan kerana  hari esok DIA akan memberikan ganjaran. Dan ada juga yang memberi semangat dengan mengatakan Allah takkan menduga kita sekiranya kita tidak sekuat itu untuk menerima dugaan NYA.

Alhamdulilah, aku bersyukur sangat kerana sepanjang NDK dirawat ini ramai rakan taulan yang mengambil berat dan prihatin. Sesungguhnya aku berterima kasih buat semua...ini benar-benar menyentuh perasaan aku. Bayangkan ada ketika aku rasa sangat lemah sehingga mengeluarkan air mata, aku rasa sangat tidak berguna kerana melahirkan NDK sehingga begini rupa. Kehilangan penglihatan ...tapi dari nasihat, motivasi dan doa rakan taulan aku jadi kuat. dan aku yakin nur  menanti NDK suatu hari nanti. seperti maksud namanya NUR DAHIYAH KHADIJAH, Cahaya sebijak & setabah Khadijah.

Sunday, January 01, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Alhamdulilah , syukur ke hadrat Illahi yg telah memanjangkan usia kami sekeluaga sehingga ke hari ini. Ami. 2011 penuh dengan kenangan , sejarah dan pengajaran bagi kami sekeluarga. Tapi aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melalui saat2 itu. Semoga hari mendatang aku akan lebih cekal mengharungi kehidupan Amin

Sunday, October 30, 2011

In Nasi Lemak Kopi O

Ditemubual oleh AG hot FM




 Berpeluang berkongsi dengan orang ramai berkenaan dengan retinobastoma dlm Nasi Lemak Kopi O. Alhamdulilah telah berjaya membuka hati sepasang ibu dan bapa yg anaknya menghidap penyakit yg sama mendapatkan rawatan. sebelum ini mereka ditakutnkan dengan kesan2 pengambilan air tulang belakang dan kimo tp bila tgk rancangan ini mereka menjadi semakin yakin. Terima kasih kpd Ann Irjuana & Kim kerana menjemput kami .









Abg dan Kakak menunggu


Gambar di ambil oleh abg kiki

Papa yang mulanya gementar akhirnya berani berkata2

Alhamdulilah sudah kerja

Alhamdulilah again sbb Allah telah memberikan aku peluang bekerja semula. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui . Sebelum ni macam susah nak dapat keje rupanya Allah suruh aku rehat jaga NDK sekarang bila keadaan kembali pulih Allah bukakan pintu rezeki utk aku. Syukur...kerja kat tempat yg pernah aku keje dulu...memang jodoh kat situ.

Thursday, October 13, 2011

Sesungguhnya aku bersyukur pada MU Ya ALLAH.

At SDMC 1st masuk wad
kesian kena masuk gas sbb x leh nak breath. Ni masa demam


kimo time
mama yg busy baca media hiburan
 Alhamdulilah aku sangat2 bersyukur pada Mu Ya ALLAH kerana telah memberikan aku dan keluarga ku  peluang untuk menerima dugaan seperti ini.Dan Alhamdulillah juga kerana telah memudahkan segala urusan rawatan NDK . Sesungguhnya Engkau MAha Berkuasa. Engkau tempat meminta, Engkau maha Pendengar. Tak terucap dengan kata-kata tapi aku bersyukur dan berterima kasih atas segalanya. Amin Yarabbil alamin...
Tetamu di hari raya
walaupun raya kat spital tp baju raya tetap kena pakai

merasa gak dpt duduk kat 1st class

Selalunya lepas EUA ndk akan tido lama
 sbb bius

sblum masuk ot room
posing tetap walau dlm wad