MY SWEETFAMILY

Wednesday, October 23, 2013

SABAH BAH....here we come

Alhamdulilah kami sekeluarga berpeluang jalan-jalan ke Sabah..sangat best and happening.
Tapi kai pergi berasingan. Papa & Kikie pergi awal sebab nak naik Gunung Kinabalu, so gegirls pergi lewat sikit. For my kids this is their 1st time naik flight..Of course la mereka sangat teruja ....but for NDK dia mcm x suka...nangis je spjng dlm flight...camne nak naik flight lagi ni...hu..hu

mls nak cite panjang jom layansss foto











Friday, October 18, 2013

My Sweet Heart

Lama tak post gambar gediks anak2 ku...

My Little Khadijah

Kikie
Kakak yang hapening
Abang yang guldom
Kakak Funny Face
Ironman







Kuat makan

Ku Ditempat Baru

Yehu...tetiba rasa ingin memblogg semula...banyak sebenarnya benda yang ingin di simpan untuk menjadi memori pada masa akan datang...so mari memblog kan diri..semula...

sekarang saya di tempat baru...company tetap sama. Susah gak nak get long dgn team baru maybe sbb asyik teringat team yg lama. Anyway kat sini aku join anak2 dara je so ramai lah yang ingatkan mak ni muda lagi...biar betul ahaks...mak suke..ma suke...
My new office mate

My Boss


Friday, January 18, 2013

Gadjet 2012

Tidak perlukan handsfree


Masscom Dinner Nite

Me & my Masscom frenz...hu..hu ..figure berbeza but perwatakan still the same...
miss u allz..



Me & the Helmet geng
Vogue mummy2 masscom ni
The
 mummys sibuk gak bergambar dgn FBI our junior

our red carpets

with abg zack

Me & Camay Buletin Utama presenter


Tuesday, January 08, 2013

When we need something but there is no the way. Hate !!

Friday, December 28, 2012

Pertemuan Setahun Sekali with myBFF

Me & K she

Mel with her new look. 













WOW terlebih makan colagen kot...

Me...ha..ha

XTVT OSCC 2012

Masa farewell Bard
 Yuhu...saat hapening di OSCC. Walaupun kadang2 bnyak perkara yang sentap menyentap but we all together forever.
Baby Bard yang kononnya nak kurus. Cait
 Biarpun menangis tetapi ketawa pengubat segala duka.
Me, Ara, Babard, Ajim

Esok Raya tapi still maintain lagi di opis sampai malam

Diva OSCC Ju, Haida, Nurul. Liyanat, Ara, Me, Fida

Raya Meriah

Raya di Banglo CEO Abg Rizal hu..hu

entri 2012

Salam, Sudah di ambang 2013...hi.hi agak lama tidak berblogging. Well Alhamdulilah Allah masih memberi peluang untuk bernafas lagi.Syukur Allah kerana masih memberi rezeki kepada kami sekeluarga

Saturday, May 12, 2012

Alhamdulilah sudah 8 bulan aku bekerja .Banyak suka duka telah dilalui. im happy kawan-kawan pun ramai yang best mcam masa kat phase 1 dulu. Tetapi dalam keseronokan bekerja ada juga yg tak bestnya. apabila rakan sekerja yg kata opismate ku bff yang tidak suka kan aku. Alhamdulilah. tujuan asal aku bekerja semula adalah untuk mencari rezeki membantu suami demi membesarkan anak2. tiada niat lain apatah lagi nakkan jawtan yang lebih besar dari itu. Kerana fokus aku adalah membesarkan anak2 terutamanya NDK. Jadi tak perlu lah nak cemburu dengan aku...tak perlu canang kelemahan orang lain sebab kita pun belum tentu betulnya. Tak perlu nak mengamuk sebab kadang2 kita pun membuat kesilapan. yea sebelum ini aku malas nak layan tapi kalau dah acapkali perkara sama berlaku adalah lebih baik aku menjauhkan diri aku. bukan nak memutuskan silaturahim cuma aku mahu kamu berfikir dengan lebih matang sbb umur kamu lebih tua dari aku. Sama2 muhasabah diri agar dapat pengajaran dari Nya.

Friday, March 09, 2012

Aku Redha..

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang akan aku & keluarga ku lalui. Ramai yang kata InsyaAllah hari ini DIA beri kita dugaan kerana  hari esok DIA akan memberikan ganjaran. Dan ada juga yang memberi semangat dengan mengatakan Allah takkan menduga kita sekiranya kita tidak sekuat itu untuk menerima dugaan NYA.

Alhamdulilah, aku bersyukur sangat kerana sepanjang NDK dirawat ini ramai rakan taulan yang mengambil berat dan prihatin. Sesungguhnya aku berterima kasih buat semua...ini benar-benar menyentuh perasaan aku. Bayangkan ada ketika aku rasa sangat lemah sehingga mengeluarkan air mata, aku rasa sangat tidak berguna kerana melahirkan NDK sehingga begini rupa. Kehilangan penglihatan ...tapi dari nasihat, motivasi dan doa rakan taulan aku jadi kuat. dan aku yakin nur  menanti NDK suatu hari nanti. seperti maksud namanya NUR DAHIYAH KHADIJAH, Cahaya sebijak & setabah Khadijah.

Sunday, January 01, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Alhamdulilah , syukur ke hadrat Illahi yg telah memanjangkan usia kami sekeluaga sehingga ke hari ini. Ami. 2011 penuh dengan kenangan , sejarah dan pengajaran bagi kami sekeluarga. Tapi aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melalui saat2 itu. Semoga hari mendatang aku akan lebih cekal mengharungi kehidupan Amin

Sunday, October 30, 2011

In Nasi Lemak Kopi O

Ditemubual oleh AG hot FM




 Berpeluang berkongsi dengan orang ramai berkenaan dengan retinobastoma dlm Nasi Lemak Kopi O. Alhamdulilah telah berjaya membuka hati sepasang ibu dan bapa yg anaknya menghidap penyakit yg sama mendapatkan rawatan. sebelum ini mereka ditakutnkan dengan kesan2 pengambilan air tulang belakang dan kimo tp bila tgk rancangan ini mereka menjadi semakin yakin. Terima kasih kpd Ann Irjuana & Kim kerana menjemput kami .









Abg dan Kakak menunggu


Gambar di ambil oleh abg kiki

Papa yang mulanya gementar akhirnya berani berkata2

Alhamdulilah sudah kerja

Alhamdulilah again sbb Allah telah memberikan aku peluang bekerja semula. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui . Sebelum ni macam susah nak dapat keje rupanya Allah suruh aku rehat jaga NDK sekarang bila keadaan kembali pulih Allah bukakan pintu rezeki utk aku. Syukur...kerja kat tempat yg pernah aku keje dulu...memang jodoh kat situ.

Thursday, October 13, 2011

Sesungguhnya aku bersyukur pada MU Ya ALLAH.

At SDMC 1st masuk wad
kesian kena masuk gas sbb x leh nak breath. Ni masa demam


kimo time
mama yg busy baca media hiburan
 Alhamdulilah aku sangat2 bersyukur pada Mu Ya ALLAH kerana telah memberikan aku dan keluarga ku  peluang untuk menerima dugaan seperti ini.Dan Alhamdulillah juga kerana telah memudahkan segala urusan rawatan NDK . Sesungguhnya Engkau MAha Berkuasa. Engkau tempat meminta, Engkau maha Pendengar. Tak terucap dengan kata-kata tapi aku bersyukur dan berterima kasih atas segalanya. Amin Yarabbil alamin...
Tetamu di hari raya
walaupun raya kat spital tp baju raya tetap kena pakai

merasa gak dpt duduk kat 1st class

Selalunya lepas EUA ndk akan tido lama
 sbb bius

sblum masuk ot room
posing tetap walau dlm wad